Apa ada pada Facebook??


salam semua...
aku nak tanya korang apa yang ada facebook(FB) sampai dah 1dunia menggilainya. pada entri yang lepas aku ada nyatakan jumlah pengguna FB adalah seramai 600 juta dan FB adalah laman sosial paling pemes buat masa sekarang. pada pandangan aku laman sosial lain pun tidak kurang hebat tetapi orang lebih suka kepada FB.kenapa ek??korang ada idea atau sebab x? kalau dinilai balikkan, myspace and tagged lagi menarik kot. macam myspace korang boleh ubah skin dan boleh masukkan lagu korang suka lagi. kalau tagged plak korang boleh main game macam korang main kat FB jadi apa lebih FB?
pada pandangan akulah FB ni merupakan laman sosial yang simple dan ringan jadi korang boleh melayarinya dengan pantas. itupun bergantung kepada line internet korang juga la. selain itu FB menggunakan term2 yang mudah dan hampir semua orang didunia ini memahaminya. FB juga mempunyai button yang mesra pengguna di mana korang mudah mengakses FB berbanding dengan yang lain.
ok lah cukup setakat ini sahaja cerita aku pada hari ini. kalau dipanjangkan jodoh berjumpa lagi kita.

Helikopter ambulans


salam bahagia untuk semua...
hari ini aku ingin mengulas sedikit tentang isu semasa yang berlaku di malaysia. pada tahun lepas banyak kemalangan maut telah berlaku. malaysia telah digemparkan dengan kemalangan maut yang melibatkan bas expres. al maklumlah kalau bas expres mesti ramai yang terlibat. antara kemalangan ngeri yang berlaku ialah kemalangan yang berlaku dekat melaka. di mana hampir 15 orang terbunuh selain itu kemalangan yang berlaku dekat simpang pulai juga menarik perhatian kita di mana hampir 30 orang menjadi mangsa.
daripada pemerhatian akulah, persamaan kedua-dua kes ialah paramedik lambat memberi bantuan. kalaulah malaysia menggunakan bantuan holikopter, aku jangkakan mangsa maut dapat dikurangkan kerana helikopter tidak perlu melalui kesesakan lalu lintas. walaupun kos yang tinggi tetapi nyawa manusia lagi bernilai. oleh itu aku rasakan pihak yang terlibat bolehlah menimbang pendapat aku ini.
berdasarkan pembacaan dan pemerhatian aku, aku dapati di luar negara telah lama menggunakan perkhidmatan helikopter ambulan ini. maka aku rasa wajarlah Malaysia menggunakan perkhidmatan ini. kementerian kesihatan boleh membuat kerjasama dengan TUDM( tentera udara diraja malaysia). segala pandangan anda amatlah dihargai dalam menyelamatkan orang tersayang.

Malaysia top 10 pengguna Facebook


Selamat pagi semua..
Hari ini tiba-tiba plak aku ingin menyatakan pandangan aku untuk dikongsi bersama anda. pandangan aku adalah berkaitan dengan laman sosial yang semakin meningkat penggunanya. menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh facebaker, pengguna FB(Facebook) telah meningkat kepada 600 juta pengguna dan untuk pengetahuan anda semua malaysia terletak dalam top 10 dalam ranking pengguna FB. menurut facebaker lagi pengguna dari malaysia adalah seramai 9 874860.
pada pandangan aku rakyat malaysia telah celik IT maka hasrat kerajaan untuk memastikan rakyat malaysia celik IT telah tercapai. ini berdasarkan statistik yang telah aku lampirkan diatas. dari jumlah penduduk malaysia 28.9 juta hampir 10 juta rakyat malaysia sudah pandai mengakses internet.
memang tidak dinafikan setiap perkara akan ada kebaikan dan keburukannya. begitu juga FB di mana ada sesetengah individu menggunakan kearah kejahatan seperti membuat fitnah kepada orang lain. ini adalah budaya tidak sihat. oleh itu aku berharap rakyat malaysia yang mengguna FB dapatlah kiranya menggunakan FB sebaik-baiknya.

window 7 OS terbaik...

Salam sejahtera semua..rini aku terasa ingin menyambung kembali tugas aku sebagai editor di blog ini. untuk hari ini aku ingin berkongsi maklumat dengan anda tentang OS terbaik. kepada sesiapa tidak tahu OS (operation system). OS ini perlu dalam sesebuah pembangunan laptop atau desktop mahupun telefon. tetapi untuk hari ini aku ingin berkongsi dengan anda tentang OS windows 7. pada pendapat aku windows 7 adalah OS terbaik yang pernah dibangunkan oleh microsoft. sebelum aku menceritakan tentang windows 7 elok rasanya aku memperkenalkan serba sedikit tentang OS yang telah dibangunkan microsoft.
Sepanjang pembacaan dan pengetahuan aku microsoft telah membangunkan windows 94, windows 98, windows ME, windows XP, windows vista dan terkini ialah windows 7. dengan suka hatinya aku ingin membuat beberapa perbezaan windows yang telah dibangunkan. semua ini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan aku. aku mulakan dengan windows ME. ini kerana aku mula mengenali komputer pada era ini la. windows ME bermaksud Mellinium Edition yang diperkenalkan pada tahun 2000. windows ini akan tidak sesuai kerana sistem operasi yang sangat lembap. pada ketika itu harga perkakasan komputer sangat mahal oleh itu aku xle mengupgrade desktop aku sesuka hati.
Selepas itu windows XP mula diperkenalkan. ciri-ciri yang ada pada windows XP ialah windows ini lebih compatible dengan sistem komputer pada masa itu. windows XP ini agak ringan dari windows ME. setelah sekian lama microsoft mula membangunkan OS yang cantik selaras dengan dunia grafik yang semakin canggih. maka microsoft pun melancarkan windows vista. pada pendapat aku windows memang windows tercantik yang pernah dibangunkan oleh microsoft tetapi OS ini telah menggunakan kapasiti HD( hard disk) yang banyak iaitu lebih kurang 50GB. jadi laptop macam aku punya tidak dapat guna windows vista kerana HD aku hanyalah 80 GB saja.
Untuk mengatasi masalah itu microsoft telah membangunkan OS yang cantik dan ringan maka wujudlah windows 7. untuk pengetahuan semua windows 7 adalah terbaik kerana windows ini adalah windows yang bijak. ini kerana selepas anda menginstall windows ini secara automatik windows ini akan mencari drivers yang diperlukan oleh komputer anda. anda hanya perlu mempunyai akses internet dan secawan kopi.
windows 7 ini mempunyai 3 variasi iaitu home premium, profesional dan ultimate. untuk pengetahuan semua aku telah menggunakan windows 7 ultimate. aku dapati windows ini ringan dan cantik. untuk pengetahuan semua juga windows 7 mempunyai antibodi yang kuat dari serangan virus dan malware. oleh itu komputer anda akan lebih selamat, laju dan cantik.

selamat menggunakan windows 7...kepada yang xreti install windows bolehlah menghubungi aku..

Iklan Nuffnang

Pengikut Blog Aku

Blog Link Exchange