window 7 OS terbaik...

Salam sejahtera semua..rini aku terasa ingin menyambung kembali tugas aku sebagai editor di blog ini. untuk hari ini aku ingin berkongsi maklumat dengan anda tentang OS terbaik. kepada sesiapa tidak tahu OS (operation system). OS ini perlu dalam sesebuah pembangunan laptop atau desktop mahupun telefon. tetapi untuk hari ini aku ingin berkongsi dengan anda tentang OS windows 7. pada pendapat aku windows 7 adalah OS terbaik yang pernah dibangunkan oleh microsoft. sebelum aku menceritakan tentang windows 7 elok rasanya aku memperkenalkan serba sedikit tentang OS yang telah dibangunkan microsoft.
Sepanjang pembacaan dan pengetahuan aku microsoft telah membangunkan windows 94, windows 98, windows ME, windows XP, windows vista dan terkini ialah windows 7. dengan suka hatinya aku ingin membuat beberapa perbezaan windows yang telah dibangunkan. semua ini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan aku. aku mulakan dengan windows ME. ini kerana aku mula mengenali komputer pada era ini la. windows ME bermaksud Mellinium Edition yang diperkenalkan pada tahun 2000. windows ini akan tidak sesuai kerana sistem operasi yang sangat lembap. pada ketika itu harga perkakasan komputer sangat mahal oleh itu aku xle mengupgrade desktop aku sesuka hati.
Selepas itu windows XP mula diperkenalkan. ciri-ciri yang ada pada windows XP ialah windows ini lebih compatible dengan sistem komputer pada masa itu. windows XP ini agak ringan dari windows ME. setelah sekian lama microsoft mula membangunkan OS yang cantik selaras dengan dunia grafik yang semakin canggih. maka microsoft pun melancarkan windows vista. pada pendapat aku windows memang windows tercantik yang pernah dibangunkan oleh microsoft tetapi OS ini telah menggunakan kapasiti HD( hard disk) yang banyak iaitu lebih kurang 50GB. jadi laptop macam aku punya tidak dapat guna windows vista kerana HD aku hanyalah 80 GB saja.
Untuk mengatasi masalah itu microsoft telah membangunkan OS yang cantik dan ringan maka wujudlah windows 7. untuk pengetahuan semua windows 7 adalah terbaik kerana windows ini adalah windows yang bijak. ini kerana selepas anda menginstall windows ini secara automatik windows ini akan mencari drivers yang diperlukan oleh komputer anda. anda hanya perlu mempunyai akses internet dan secawan kopi.
windows 7 ini mempunyai 3 variasi iaitu home premium, profesional dan ultimate. untuk pengetahuan semua aku telah menggunakan windows 7 ultimate. aku dapati windows ini ringan dan cantik. untuk pengetahuan semua juga windows 7 mempunyai antibodi yang kuat dari serangan virus dan malware. oleh itu komputer anda akan lebih selamat, laju dan cantik.

selamat menggunakan windows 7...kepada yang xreti install windows bolehlah menghubungi aku..

0 comments:

Post a Comment

Iklan Nuffnang

Pengikut Blog Aku

Blog Link Exchange