Helikopter ambulans


salam bahagia untuk semua...
hari ini aku ingin mengulas sedikit tentang isu semasa yang berlaku di malaysia. pada tahun lepas banyak kemalangan maut telah berlaku. malaysia telah digemparkan dengan kemalangan maut yang melibatkan bas expres. al maklumlah kalau bas expres mesti ramai yang terlibat. antara kemalangan ngeri yang berlaku ialah kemalangan yang berlaku dekat melaka. di mana hampir 15 orang terbunuh selain itu kemalangan yang berlaku dekat simpang pulai juga menarik perhatian kita di mana hampir 30 orang menjadi mangsa.
daripada pemerhatian akulah, persamaan kedua-dua kes ialah paramedik lambat memberi bantuan. kalaulah malaysia menggunakan bantuan holikopter, aku jangkakan mangsa maut dapat dikurangkan kerana helikopter tidak perlu melalui kesesakan lalu lintas. walaupun kos yang tinggi tetapi nyawa manusia lagi bernilai. oleh itu aku rasakan pihak yang terlibat bolehlah menimbang pendapat aku ini.
berdasarkan pembacaan dan pemerhatian aku, aku dapati di luar negara telah lama menggunakan perkhidmatan helikopter ambulan ini. maka aku rasa wajarlah Malaysia menggunakan perkhidmatan ini. kementerian kesihatan boleh membuat kerjasama dengan TUDM( tentera udara diraja malaysia). segala pandangan anda amatlah dihargai dalam menyelamatkan orang tersayang.

0 comments:

Post a Comment

Iklan Nuffnang

Pengikut Blog Aku

Blog Link Exchange