Malaysia top 10 pengguna Facebook


Selamat pagi semua..
Hari ini tiba-tiba plak aku ingin menyatakan pandangan aku untuk dikongsi bersama anda. pandangan aku adalah berkaitan dengan laman sosial yang semakin meningkat penggunanya. menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh facebaker, pengguna FB(Facebook) telah meningkat kepada 600 juta pengguna dan untuk pengetahuan anda semua malaysia terletak dalam top 10 dalam ranking pengguna FB. menurut facebaker lagi pengguna dari malaysia adalah seramai 9 874860.
pada pandangan aku rakyat malaysia telah celik IT maka hasrat kerajaan untuk memastikan rakyat malaysia celik IT telah tercapai. ini berdasarkan statistik yang telah aku lampirkan diatas. dari jumlah penduduk malaysia 28.9 juta hampir 10 juta rakyat malaysia sudah pandai mengakses internet.
memang tidak dinafikan setiap perkara akan ada kebaikan dan keburukannya. begitu juga FB di mana ada sesetengah individu menggunakan kearah kejahatan seperti membuat fitnah kepada orang lain. ini adalah budaya tidak sihat. oleh itu aku berharap rakyat malaysia yang mengguna FB dapatlah kiranya menggunakan FB sebaik-baiknya.

0 comments:

Post a Comment

Iklan Nuffnang

Pengikut Blog Aku

Blog Link Exchange