Lapangan terbang Sultan Abdul Halim dijangka beroperasi Sabtu depan



Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Kepala Batas di sini dijangka kembali beroperasi paling awal pada Sabtu depan, kata Pengurusnya, Azmi Darus.
Beliau berkata, sebelum beroperasi, pihaknya perlu melakukan kerja pembersihan dengan teliti dan memastikan sistem lampu landasan dapat berfungsi dengan baik demi keselamatan pesawat.

"Pada masa ini 60 peratus air dalam kawasan landasan telah surut dan kami memerlukan sekurang-kurangnya lima hari lagi untuk memastikan landasan selamat digunakan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.  Azmi berkata, kawasan padang berhampiran landasan pula masih ditenggelami air sebanyak 50 peratus.
Lapangan terbang itu ditutup akibat banjir sejak Selasa lalu.

LTSAH mengendalikan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sebanyak tiga kali sehari, AirAsia dari Alor Setar ke Kuala Lumpur (dua kali) dan FireFly dari Alor Setar ke Subang (dua kali). Lapangan terbang yang mempunyai landasan sepanjang 2,745 meter dan 45 meter lebar itu terletak 13 kilometer dari Alor Setar dan boleh mengendalikan sehingga 800,000 penumpang setiap tahun.

P/S: lepas ni semua kapal terbang yang mendarat di lapangan terbang ni kenalah hati-hati takut terbabas plak. al maklum la landasan penuh dengan selut(lumpur) lagi..hehe

Tarikh Raya Aidiladha

adha2

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Rabu, 17 November ini.
Demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, sebentar tadi.

p/s: selamat aidiladha diucapkan kepada geng blogger dan seluruh rakyat Malaysia serta semua umat islam di seluruh dunia. nanti raya jemputlah datang rumah…hehe

Iklan Nuffnang

Pengikut Blog Aku

Blog Link Exchange