Maklumat Penting!! Tarikh lihat anak bulan aidiladha petang 6.11.2010

1282221882_photomontage-28

RUKYAHTUL HILAL 2007 (56)

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 November ini, bersamaan 29 Zulkaedah. Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga.

Akhir Piala Malaysia Menjadi Hak Milik “Red Warrior”

johan

Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010 apabila tewaskan juara bertahan, Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan hasil sepakan penalti yang di ambil oleh Sharulain. Negeri Sembilan telah mendapat sepakan penalti setelah penjaga gol kelantan iaitu Khairul Fahmi mengasari pemain Negeri Sembilan.

Naib Presiden Eksekutif Komunikasi Malaysia Airlines (MAS)

cmyk mas logo-hi res-no tag2

Malaysia Airlines (MAS) melantik Raja Zamilia Raja Datuk Seri Mansur sebagai naib presiden eksekutif komunikasi yang baharu, berkuat kuasa 1 November depan.

4 model Nissan terbabit panggilan semula kenderaan

Nissan-Sylphynissan-serena2007_Nissan_Frontier_Navaranissanlatio

Nissan Serena, Navara, Sylphy dan Latio, yang dijual oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), tidak terjejas oleh panggilan semula sejumlah 2.1 juta kenderaan Nissan di seluruh dunia.
“Bagaimanapun, ia berkata, terdapat kemungkinan hanya beberapa unit Nissan March yang diimport sepenuhnya, yang dijual oleh ETCM, mungkin terbabit dalam panggilan semula itu,” kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.

Juara Gadis Melayu Musim Ke 3

gadismelayu_559466489

29.10.2010 (10.25 P.M) – Maka ternobatlah seorang puteri Mohd Salleh sebagai juara Gadis Melayu musim Ke-3. Setelah mengharungi pelbagai dugaan selama tiga bulan maka malam ini adalah malam yang mendebarkan buat semua calon Gadis Melayu. Juara Gadis Melayu musim Ke-3 akan membawa pulang wang tunai RM 30 000, aksesori berlian bernilai RM 120 00, barangan Singer bernilai RM10 000, jam tangan dan juga sejambak bunga. Selepas melalui semua cabaran dan perkiraan maka Norazrina bt. Mohd Salleh telah diumumkan sebagai juara. dibawah adalah profile juara Gadis Melayu musim Ke-3.


47218_156294044385307_153253601356018_525066_7156662_n

Nama Penuh : Norazrina bt. Mohd Salleh
Nama Panggilan : Rina
Tarikh Lahir : 20 April 1985
Asal : Subang Jaya, Selangor
Adik-beradik : Anak ke-2 dari 3 beradik
Status : Usahawan
Warna kegemaran : Putih
Ciri-ciri peribadi : Berani, tidak mudah putus asa, dan tabah
Hobi :Membaca, melayari internet, dan menulis
Cita-cita :Usahawan berjaya
Bakat :Menulis dan berniaga

Apakah motto hidup anda?
Sekali buat, teruskan hingga berjaya.

Siapakah idola anda?
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau seorang yang berpandangan jauh, berwawasan, mempunyai karisma tersendiri yang mampu mempengaruhi orang lain serta mempunyai semangat juang yang tinggi.

Ciri-ciri seorang Gadis Melayu mengikut pendapat anda?
Seorang yang mengekalkan adat dan adab sebagai seorang Gadis Melayu namun terus mempelajari dan melengkapkan diri dengan keperluan semasa agar mampu menghadapi dunia yang semakin mencabar.

HanDpHone Vs BroadBanD

new_sony_ericsson_logo_by_jayreefnokia-logo1






Statistik bagi suku kedua tahun ini menunjukkan pelanggan telefon bimbit sudah melebihi 31 juta dan melepasi jumlah 28 juta penduduk negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah keseluruhan pelanggan itu menjadikan kadar penembusan kadar penggunaan telefon bimbit sebanyak 108 peratus.

Beliau berkata, kadar itu menjadi penyumbang terbesar iaitu melebihi 60 peratus jumlah keseluruhan pendapatan industri komunikasi dan multimedia di negara ini.

landing_pic

“Malah, perkhidmatan jalur lebar turut menunjukkan kemajuan sangat menggalakkan berbanding 2008 apabila hanya 22 peratus isi rumah melanggan jalur lebar.

“Selain itu, kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah melepasi sasaran 50 peratus yang ditetapkan pada hujung tahun ini, di mana sehingga pertengahan bulan ini kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah melepasi 53 peratus,” katanya.

Maklumat Penting!!!! PLUS beri diskaun tol sempena Deepavali

30169dd647484f70409290cf56c024ae

PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan memberi diskaun hingga hampir 20 peratus kadar tolnya dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi pada 1 hingga 3 November, dan 8 hingga 10 November ini bersempena dengan sambutan Deepavali. Pengarah Urusannya Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, diskaun berkenaan tambahan kepada diskaun 10 peratus yang sedia ada, yang dinikmati pengguna kenderaan kelas satu di lebuh raya PLUS dan ELITE di luar waktu puncak setiap hari.

Gula dari Habuk Kayu

pix_gal0

Seorang pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menghasilkan gula ringkas, Sorbitol yang digunakan secara meluas sebagai pemanis makanan bagi pesakit kencing manis menerusi proses fermentasi habuk kayu.

Celcom yang menawarkan perkhidmatan XPAX BBM hanya RM0.50 setiap hari

bbm


Ketika kali pertama saya melihat XPAX BBM, saya hanya berfikir, "adakah seseorang membeli Blackberry hanya untuk kegunaan BBM Messenger @ Blackberry? Di Malaysia Segalanya mungkin, tapi saya masih mempunyai ragu-ragu. Adakah seseorang membeli Blackberry hanya untuk menggunakan perkhidmatan XPAX BBM?

Facebook dan Asia

do_you_facebook

sea_map

Hari ini saya mengambil masa untuk menganalisis angka terbaru dari pengguna Facebook. Saya juga ingin mengemaskini anda tentang negara-negara membangun yang melayari Facebook ini. Jumlah ini saya dapati di Facebakers.com yang dikemaskini setiap hari, dan selalu estimasi platform agar kembali kita pada hari-hari yang diberikan. Berdasarkan statistik selama seminggu terakhir,saya telah melihat beberapa pertumbuhan yang besar. Pertumbuhan ini baik di Amerika, Asia, dan Eropah, dan kawasan tumbuh atas mungkin Asia dalam hal jumlah orang, dan Eropah seterusnya. Untuk entri kali saya hanya memfokuskan kepada negara-negara Asia sahaja.

BlackBerry® Torch™ 9800 bersama Celcom Exec Postpaid Plan – Celcom Exec 50

blackberry-torch-9800

BlackBerry® Torch™ 9800

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu model telefon dari keluarga Blackberry. Sebelum saya memperkenalkan model Blackberry yang terbaru ini elok rasanya saya memperkenalkan Blackberry itu sendiri. Blackberry telah dibangunkan oleh Research In Motion (RIM). Research In Motion (RIM) telah membangunkan pelbagai siri Blackberry dan model yang terbaru ialah BlackBerry® Torch™ 9800. Model terbaru ini mempunyai pelbagai ciri yang unik dan menjanjikan keselesaan kepada pemiliknya.

BERITA PENTING!!!! Esok adalah Harapan, Semalan adalah Sejarah

buku sejarah

Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.Perkara ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Adakah Sejarah Mungkin Berulang Lagi..

kijangPB_Negeri_Sembilan-logo-4BC424CD31-seeklogo.com

23.10.2010 - Kelantan dan Negeri Sembilan akan bertemu di final Piala Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan kedua peringkat separuh akhir sebentar tadi. Tuan rumah Kelantan menewaskan Kedah 1-0 untuk mara ke final selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Alor Setar. Kelantan memulakan aksi bertenaga selepas wisel dibunyikan. Kelantan dengan tonggak utama mereka iaitu Nor Sharul Idlan Talaha telah

Kehilangan yang di cari..


ne_02.1

pix_gal0 (1)pix_gal04 oktober 2010 Seorang pelajar wanita kolej kejururawatan swasta di sini, Balqis Azman, 18, dilaporkan hilang sejak 30 September lalu. Ibunya, Noorlela Abd Rahman, 37, berkata anaknya dipercayai hilang selepas selesai menjalani latihan praktikal di Taiping. Katanya, dia hanya menyedari kehilangan anaknya selepas mahu menjemput Balqis di rumah sewanya di Kampung Boyan, Taiping 4 Oktober lalu. Beliau berkata, pengurusan kolej berkenaan di Kawasan Perindustrian IGB, di sini memaklumkan Balqis pulang sendirian dari Taiping pada hari berkenaan.

PROMOSI HEBAT!!!!! Hari jumaat Hari untuk Terbang

AirAsia_Com_HZimages (1)air asia

AirAsia Bhd memperkenalkan “Hari Penerbangan Hebat” yang membolehkan pelanggan menikmati tambang rendah setiap Jumaat ke destinasi terpilih.

Mulai esok, penumpang akan diberi tawaran tambang murah bermula 11 malam hingga 4 pagi bagi tempoh perjalanan daripada 1 hingga 30 November tahun ini, kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan hari ini.

Keputusan piala malaysia (separuh akhir I)

20.10.2010 – Telah berlangsung perlawanan bola sepak antara kedah menentang kelantan dan negeri sembilan menentang johor FC. perlawanan semalam di kedua-dua tempat sangat sengit di mana ke empat-empat pasukan cuba mempertahankan gol mereka di bolosi pihak lawan. di negeri sembilan, Johor FC telah berjaya memperolehi satu gol yang bermakna. pada akhir perlawanan johor FC telah berjaya mengalahkan negeri sembilan 1-0

Di stadium darul aman, kedah

Piala Malaysia 2010 (Separuh Akhir)

alt


Hari ini aku ingin menceritakan Piala Malaysia 2010 . Sebelum itu aku ingin menulis tentang sejarah Piala Malaysia 2010.
Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia.

Berita 2011

Berikut merupakan strategi yang digunakan oleh Perdana Menteri kita dalam Bajet 2011 yang dibentangkan pada 15.102010(jumaat)


Empat strategi utama dalam bajet 2011

  • Mendaya Kembali Pelaburan Swasta
  • Membangunkan Modal Insan
  • Mensejahterakan Hidup Rakyat
  • Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam
Di bawah merupakan perjalanan Perdana Menteri untuk membentangkan Bajet 2011

Perdana Menteri, Najib Tun Razak, di Kementerian Kewangan di Putrajaya, bersama beg yang berisi dokumen Bajet 2011

Bajet 2011



Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini:

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015

Iklan Nuffnang

Pengikut Blog Aku

Blog Link Exchange