Lapangan terbang Sultan Abdul Halim dijangka beroperasi Sabtu depan



Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Kepala Batas di sini dijangka kembali beroperasi paling awal pada Sabtu depan, kata Pengurusnya, Azmi Darus.
Beliau berkata, sebelum beroperasi, pihaknya perlu melakukan kerja pembersihan dengan teliti dan memastikan sistem lampu landasan dapat berfungsi dengan baik demi keselamatan pesawat.

"Pada masa ini 60 peratus air dalam kawasan landasan telah surut dan kami memerlukan sekurang-kurangnya lima hari lagi untuk memastikan landasan selamat digunakan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.  Azmi berkata, kawasan padang berhampiran landasan pula masih ditenggelami air sebanyak 50 peratus.
Lapangan terbang itu ditutup akibat banjir sejak Selasa lalu.

LTSAH mengendalikan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sebanyak tiga kali sehari, AirAsia dari Alor Setar ke Kuala Lumpur (dua kali) dan FireFly dari Alor Setar ke Subang (dua kali). Lapangan terbang yang mempunyai landasan sepanjang 2,745 meter dan 45 meter lebar itu terletak 13 kilometer dari Alor Setar dan boleh mengendalikan sehingga 800,000 penumpang setiap tahun.

P/S: lepas ni semua kapal terbang yang mendarat di lapangan terbang ni kenalah hati-hati takut terbabas plak. al maklum la landasan penuh dengan selut(lumpur) lagi..hehe

Tarikh Raya Aidiladha

adha2

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Rabu, 17 November ini.
Demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, sebentar tadi.

p/s: selamat aidiladha diucapkan kepada geng blogger dan seluruh rakyat Malaysia serta semua umat islam di seluruh dunia. nanti raya jemputlah datang rumah…hehe

Maklumat Penting!! Tarikh lihat anak bulan aidiladha petang 6.11.2010

1282221882_photomontage-28

RUKYAHTUL HILAL 2007 (56)

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 November ini, bersamaan 29 Zulkaedah. Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga.

Akhir Piala Malaysia Menjadi Hak Milik “Red Warrior”

johan

Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010 apabila tewaskan juara bertahan, Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan hasil sepakan penalti yang di ambil oleh Sharulain. Negeri Sembilan telah mendapat sepakan penalti setelah penjaga gol kelantan iaitu Khairul Fahmi mengasari pemain Negeri Sembilan.

Naib Presiden Eksekutif Komunikasi Malaysia Airlines (MAS)

cmyk mas logo-hi res-no tag2

Malaysia Airlines (MAS) melantik Raja Zamilia Raja Datuk Seri Mansur sebagai naib presiden eksekutif komunikasi yang baharu, berkuat kuasa 1 November depan.

4 model Nissan terbabit panggilan semula kenderaan

Nissan-Sylphynissan-serena2007_Nissan_Frontier_Navaranissanlatio

Nissan Serena, Navara, Sylphy dan Latio, yang dijual oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), tidak terjejas oleh panggilan semula sejumlah 2.1 juta kenderaan Nissan di seluruh dunia.
“Bagaimanapun, ia berkata, terdapat kemungkinan hanya beberapa unit Nissan March yang diimport sepenuhnya, yang dijual oleh ETCM, mungkin terbabit dalam panggilan semula itu,” kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.

Juara Gadis Melayu Musim Ke 3

gadismelayu_559466489

29.10.2010 (10.25 P.M) – Maka ternobatlah seorang puteri Mohd Salleh sebagai juara Gadis Melayu musim Ke-3. Setelah mengharungi pelbagai dugaan selama tiga bulan maka malam ini adalah malam yang mendebarkan buat semua calon Gadis Melayu. Juara Gadis Melayu musim Ke-3 akan membawa pulang wang tunai RM 30 000, aksesori berlian bernilai RM 120 00, barangan Singer bernilai RM10 000, jam tangan dan juga sejambak bunga. Selepas melalui semua cabaran dan perkiraan maka Norazrina bt. Mohd Salleh telah diumumkan sebagai juara. dibawah adalah profile juara Gadis Melayu musim Ke-3.


47218_156294044385307_153253601356018_525066_7156662_n

Nama Penuh : Norazrina bt. Mohd Salleh
Nama Panggilan : Rina
Tarikh Lahir : 20 April 1985
Asal : Subang Jaya, Selangor
Adik-beradik : Anak ke-2 dari 3 beradik
Status : Usahawan
Warna kegemaran : Putih
Ciri-ciri peribadi : Berani, tidak mudah putus asa, dan tabah
Hobi :Membaca, melayari internet, dan menulis
Cita-cita :Usahawan berjaya
Bakat :Menulis dan berniaga

Apakah motto hidup anda?
Sekali buat, teruskan hingga berjaya.

Siapakah idola anda?
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau seorang yang berpandangan jauh, berwawasan, mempunyai karisma tersendiri yang mampu mempengaruhi orang lain serta mempunyai semangat juang yang tinggi.

Ciri-ciri seorang Gadis Melayu mengikut pendapat anda?
Seorang yang mengekalkan adat dan adab sebagai seorang Gadis Melayu namun terus mempelajari dan melengkapkan diri dengan keperluan semasa agar mampu menghadapi dunia yang semakin mencabar.

HanDpHone Vs BroadBanD

new_sony_ericsson_logo_by_jayreefnokia-logo1






Statistik bagi suku kedua tahun ini menunjukkan pelanggan telefon bimbit sudah melebihi 31 juta dan melepasi jumlah 28 juta penduduk negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah keseluruhan pelanggan itu menjadikan kadar penembusan kadar penggunaan telefon bimbit sebanyak 108 peratus.

Beliau berkata, kadar itu menjadi penyumbang terbesar iaitu melebihi 60 peratus jumlah keseluruhan pendapatan industri komunikasi dan multimedia di negara ini.

landing_pic

“Malah, perkhidmatan jalur lebar turut menunjukkan kemajuan sangat menggalakkan berbanding 2008 apabila hanya 22 peratus isi rumah melanggan jalur lebar.

“Selain itu, kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah melepasi sasaran 50 peratus yang ditetapkan pada hujung tahun ini, di mana sehingga pertengahan bulan ini kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah melepasi 53 peratus,” katanya.

Maklumat Penting!!!! PLUS beri diskaun tol sempena Deepavali

30169dd647484f70409290cf56c024ae

PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan memberi diskaun hingga hampir 20 peratus kadar tolnya dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi pada 1 hingga 3 November, dan 8 hingga 10 November ini bersempena dengan sambutan Deepavali. Pengarah Urusannya Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, diskaun berkenaan tambahan kepada diskaun 10 peratus yang sedia ada, yang dinikmati pengguna kenderaan kelas satu di lebuh raya PLUS dan ELITE di luar waktu puncak setiap hari.

Gula dari Habuk Kayu

pix_gal0

Seorang pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menghasilkan gula ringkas, Sorbitol yang digunakan secara meluas sebagai pemanis makanan bagi pesakit kencing manis menerusi proses fermentasi habuk kayu.

Celcom yang menawarkan perkhidmatan XPAX BBM hanya RM0.50 setiap hari

bbm


Ketika kali pertama saya melihat XPAX BBM, saya hanya berfikir, "adakah seseorang membeli Blackberry hanya untuk kegunaan BBM Messenger @ Blackberry? Di Malaysia Segalanya mungkin, tapi saya masih mempunyai ragu-ragu. Adakah seseorang membeli Blackberry hanya untuk menggunakan perkhidmatan XPAX BBM?

Facebook dan Asia

do_you_facebook

sea_map

Hari ini saya mengambil masa untuk menganalisis angka terbaru dari pengguna Facebook. Saya juga ingin mengemaskini anda tentang negara-negara membangun yang melayari Facebook ini. Jumlah ini saya dapati di Facebakers.com yang dikemaskini setiap hari, dan selalu estimasi platform agar kembali kita pada hari-hari yang diberikan. Berdasarkan statistik selama seminggu terakhir,saya telah melihat beberapa pertumbuhan yang besar. Pertumbuhan ini baik di Amerika, Asia, dan Eropah, dan kawasan tumbuh atas mungkin Asia dalam hal jumlah orang, dan Eropah seterusnya. Untuk entri kali saya hanya memfokuskan kepada negara-negara Asia sahaja.

BlackBerry® Torch™ 9800 bersama Celcom Exec Postpaid Plan – Celcom Exec 50

blackberry-torch-9800

BlackBerry® Torch™ 9800

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu model telefon dari keluarga Blackberry. Sebelum saya memperkenalkan model Blackberry yang terbaru ini elok rasanya saya memperkenalkan Blackberry itu sendiri. Blackberry telah dibangunkan oleh Research In Motion (RIM). Research In Motion (RIM) telah membangunkan pelbagai siri Blackberry dan model yang terbaru ialah BlackBerry® Torch™ 9800. Model terbaru ini mempunyai pelbagai ciri yang unik dan menjanjikan keselesaan kepada pemiliknya.

BERITA PENTING!!!! Esok adalah Harapan, Semalan adalah Sejarah

buku sejarah

Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.Perkara ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Adakah Sejarah Mungkin Berulang Lagi..

kijangPB_Negeri_Sembilan-logo-4BC424CD31-seeklogo.com

23.10.2010 - Kelantan dan Negeri Sembilan akan bertemu di final Piala Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan kedua peringkat separuh akhir sebentar tadi. Tuan rumah Kelantan menewaskan Kedah 1-0 untuk mara ke final selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Alor Setar. Kelantan memulakan aksi bertenaga selepas wisel dibunyikan. Kelantan dengan tonggak utama mereka iaitu Nor Sharul Idlan Talaha telah

Kehilangan yang di cari..


ne_02.1

pix_gal0 (1)pix_gal04 oktober 2010 Seorang pelajar wanita kolej kejururawatan swasta di sini, Balqis Azman, 18, dilaporkan hilang sejak 30 September lalu. Ibunya, Noorlela Abd Rahman, 37, berkata anaknya dipercayai hilang selepas selesai menjalani latihan praktikal di Taiping. Katanya, dia hanya menyedari kehilangan anaknya selepas mahu menjemput Balqis di rumah sewanya di Kampung Boyan, Taiping 4 Oktober lalu. Beliau berkata, pengurusan kolej berkenaan di Kawasan Perindustrian IGB, di sini memaklumkan Balqis pulang sendirian dari Taiping pada hari berkenaan.

PROMOSI HEBAT!!!!! Hari jumaat Hari untuk Terbang

AirAsia_Com_HZimages (1)air asia

AirAsia Bhd memperkenalkan “Hari Penerbangan Hebat” yang membolehkan pelanggan menikmati tambang rendah setiap Jumaat ke destinasi terpilih.

Mulai esok, penumpang akan diberi tawaran tambang murah bermula 11 malam hingga 4 pagi bagi tempoh perjalanan daripada 1 hingga 30 November tahun ini, kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan hari ini.

Keputusan piala malaysia (separuh akhir I)

20.10.2010 – Telah berlangsung perlawanan bola sepak antara kedah menentang kelantan dan negeri sembilan menentang johor FC. perlawanan semalam di kedua-dua tempat sangat sengit di mana ke empat-empat pasukan cuba mempertahankan gol mereka di bolosi pihak lawan. di negeri sembilan, Johor FC telah berjaya memperolehi satu gol yang bermakna. pada akhir perlawanan johor FC telah berjaya mengalahkan negeri sembilan 1-0

Di stadium darul aman, kedah

Piala Malaysia 2010 (Separuh Akhir)

alt


Hari ini aku ingin menceritakan Piala Malaysia 2010 . Sebelum itu aku ingin menulis tentang sejarah Piala Malaysia 2010.
Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia.

Berita 2011

Berikut merupakan strategi yang digunakan oleh Perdana Menteri kita dalam Bajet 2011 yang dibentangkan pada 15.102010(jumaat)


Empat strategi utama dalam bajet 2011

  • Mendaya Kembali Pelaburan Swasta
  • Membangunkan Modal Insan
  • Mensejahterakan Hidup Rakyat
  • Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam
Di bawah merupakan perjalanan Perdana Menteri untuk membentangkan Bajet 2011

Perdana Menteri, Najib Tun Razak, di Kementerian Kewangan di Putrajaya, bersama beg yang berisi dokumen Bajet 2011

Bajet 2011



Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini:

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015

Malaysia Airline System (MAS)





Tiket aku masa pergi Sarawak




Kapal terbang aku naik pergi ke Sarawak

Salam sejatera semua...

Hari ini aku ingin menceritakan pengalaman pertama aku menerbangkan diri aku di awan. memang aku amat teruja dan kagum dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang. sememang tepatlah baginda rasulullah bersabda"satu hari para besi akan terbang dilangit dan terapung di atas lautan" boleh x kalian bayangkan besi yang berat tu mampu terapung di udara. sememangnya aku memang kagum la dengan teknologi sekarang. selain dari itu aku telah sampai ke destinasi yg dituju dengan cepat sekali.

Kalau menceritakan bab teruja pula, aku teruja kerana dari atas sana aku mampu melihat daratan dengan jelas sekali. bila aku lihat dari atas aku lihat kontur bumi seperti yang digambarkan dalam subjek geografi masa aku tingkatan satu hehehehe...teringat lagi aku kat cikgu geografi aku iaitu Pn Maimunah Julie...dia la insan yg mengajar aku mengenal erti dunia sekarang.

Salam Rindu dari Aku

Salam semua pembaca blog coretanku. hari ini bertemu lagi kita di halaman blog ini. seperti yg aku telah janjikan blog aku telah dibuka semula untuk tatapan kalian semua. dengan izin dari-Nya aku cuba menulis entri2 yg terbaru yg lagi panas dan sensasi. cerita bab sensasi ni aku terkenang satu pantun zaman kanak2 dulu. pantun tu berbunyi

Naik bas mini...
Minum air sarsi..
Berita terkini..
Hiburan sensasi..

Memohon Sejuta Kemaafan..

andai ku tahu, kapan tiba ajalku
ku akan memohon, Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu, kapan tiba masaku
ku akan memohon, Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Nama Mu Israel...



Salam sejahtera kepada semua pembaca aku sekalian. hari ini aku telah terbaca beberapa akhbar tempatan. kebanyakan menceritakan keganasan tentera zionis israel. jadinya aku merasakan tanggungjawab aku sebagai penulis blog untuk menceritakan serba sedikit tentang zionis israel. menurut guru2 sekolah aku dulu israel merupakan sebuah negara yang hanya menumpang di palestin. hari demi hari mereka telah mengambil tanah untuk dijadikan tanah jajahan israel. sebelum wujudnya negara israel, ia bermula selepas....

Ada Apa Dengan NoVeL





Salam 1malaysia hari ini aku tergerak untuk mengutarakan satu fenomena yg tidak asing lagi di kalangan rakyat malaysia. aku merasakan fenomena ini sangat bagus nak berbanding budaya melepak di pasaraya terkemuka seperti ct plaza, ipoh parade, astaka, mid valley dan lain-lain. kalau aku nak sebut semua pasaraya terkemuka jawapannya penuh la entri aku kali ini. fenomena yg aku maksudkan budaya membaca novel. tak kenal maka tak cinta hehehehe..jiwang la plak. sebelum kita pergi jauh tentang fenomena ini apa kata kita berkenalan dengan novel dahulu.

Apakah rahsia kejayaan Secret Resepi










Secret Resepi merupakan kafe gaya hidup berantai telah pertama kali diperkenalkan pada tahun 1997. Secret Recipe telah berjaya membina jenama di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, China, Filipina, Pakistan, Brunei dan Australia mengikut cakes, fusion food and distinctive service. maaf sekalian kerana aku tidak menyebut makanan itu dalam bahasa melayu takut korang xfaham plak.

Pengguna Facebook Malaysia Menghampiri 7 Juta

Kalau aku sebut semua orang di malaysia mengenali facebook. kalau aku kata kanak-kanak sekolah rendah pun dah pandai berfacebook. menurut satu kajian yg dilakukan oleh facebaker kanak2 berumur 11 tahun sudah pandai melayari facebook. menurut facebaker juga golongan yang paling ramai melayari facebook ialah di kalangan remaja yg berusia antara 18thn - 24 thn. golongan kedua yg terbesar melayari facebook ialah remaja berusia 25thn - 34 thn. gologan paling sedikit ialah golongan berusia emas iaitu di antara 55thn -65thn. hehe orang tua pandai berfacebook malu la jika ada di antara kita pandai berfacebook.

Pengguna Facebook Malaysia Menghampiri 7 Juta





Kalau aku sebut semua orang di malaysia mengenali facebook. kalau aku kata kanak-kanak sekolah rendah pun dah pandai berfacebook. aku rasa xsalah dan ini telah dibukti dengan beberapa kajian. menurut satu kajian yg dilakukan oleh facebaker kanak2 berumur 11 tahun sudah pandai melayari facebook. menurut facebaker juga golongan yang paling ramai melayari facebook ialah di kalangan remaja yg berusia antara 18thn - 24 thn. golongan kedua yg terbesar melayari facebook ialah remaja berusia 25thn - 34 thn. gologan paling sedikit ialah golongan berusia emas iaitu di antara 55thn -65thn. hehe orang tua pandai berfacebook malu la jika ada di antara kita pandai berfacebook.

Sebelum aku memanjangkan coretan aku ini elok rasanya aku menceritakan serba sedikit sejarah facebook. aku rasa setengah2 kalian sudah mengetahui sejarahnya.Facebook diluncurkan pertama kali pada tanggal 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg sebagai media untuk saling mengenal bagi para mahasiswa Harvard.

www.lelong.com.my vs www.mudah.com.my



melawan....




Salam sejahtera semua wahai pembaca blog aku. hari ini aku ingin berkongsi idea tentang pembelian secara atas talian atau pun secara online. memang sudah menjadi kebiasaan manusia ingin mendapatkan sesuatu dengan cara paling mudah sekali. bahkan kalau boleh nak makan pun ada orang tolong suapkan. hahahaha semua orang nak kan layanan seperti seorang raja sedangkan raja pun xmendapat layanan seperti itu. ok berbalik kepada topik aku pada hari ini. aku membawa isu tentang lelong.com vs mudah.com.my. kepada korang yg tak tahu apakah web ini biar aku story mory skit kat korang. ini pun berdasarkan pembacaan dan pengalaman aku la. kalau terdapat sebarang kesilapan harap dimaafkan.

Iklan Nuffnang

Pengikut Blog Aku

Blog Link Exchange